Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Taman kerayong makmur ialah sebuah kawasan yang dahulunya kawasan ladang pokok kelapa sawit, di pekan kerayong, bera Pahang. Ia terletak 22 km daripada Bandar Temerloh (bandar kedua terbesar di Pahang), berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Taman Kerayong Makmur berada di dalam jajahan Daerah Bera yang merangkumi banyak kawasan di antaranya termasuk Gugusan Felda (Bukit Mendi, Kemahal, Puchong, Chemomoi dan Kemasul). Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan terdapat sebilangan besar kaum Cina dan selebihnya adalah India. Pekan-pekan lain yang berdekatan dengan Taman Kerayong Makmur termasuk Triang, Mengkuang dan Kemayan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PROGRAM JELAJAH KARNIVAL SEBENARNYA.MY DAERAH BERA

Aktiviti Terkini | 23 & 24 Februari 2018

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan portal SEBENARNYA.MY Tidak Pasti Jangan Kongsi kepada penduduk di kawasan Bera. Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya program ini. Pihak berkuasa dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat untuk tidak melakukan gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan juga negara di samping dapat menangani gejala ini dengan berkesan....baca selanjutnya

TAKLIMAT DIGI CYBERSAFE DI HARI TERBUKA PI1M BUKIT CERMIN & TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti Terkini | 24 & 25 Januari 2018

Banyak aktiviti dan program yang dijalankan semasa Hari Terbuka PI1M antaranya Program Advokasi iaitu Slot Klik Dengan Bijak (KDB). Slot KDB ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit . Kami juga mengadakan Pop Kuiz kepada peserta dimana mereka perlu menjawab soalan kuiz dengan cepat dan betul, ia akan dikira sebagai pemenang...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti