Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Taman kerayong makmur ialah sebuah kawasan yang dahulunya kawasan ladang pokok kelapa sawit, di pekan kerayong, bera Pahang. Ia terletak 22 km daripada Bandar Temerloh (bandar kedua terbesar di Pahang), berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Taman Kerayong Makmur berada di dalam jajahan Daerah Bera yang merangkumi banyak kawasan di antaranya termasuk Gugusan Felda (Bukit Mendi, Kemahal, Puchong, Chemomoi dan Kemasul). Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan terdapat sebilangan besar kaum Cina dan selebihnya adalah India. Pekan-pekan lain yang berdekatan dengan Taman Kerayong Makmur termasuk Triang, Mengkuang dan Kemayan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN HARI DASHBOARD KOMUNITI PI1M DURIAN TAWAR

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017

Program ini adalah program kerjasama dengan Pi1m Durian Tawar yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna PI1M tentang kepentingan mengunakan internet dengan cara yang betul dan selamat supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah siber. Selain itu, program ini juga adalah untuk mempromosikan aplikasi dashboard yang telah diperkenalkan oleh pihak pi1m Durian Tawar kepada orang ramai kerana aplikasi dashboard ini memberi banyak kemudahan kepada pengguna untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan....baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2017

Hari terbuka PI1M diadakan bagi menghargai jasa ahli-ahli pi1m serta komuniti setempat kerana sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan pihak pi1m di setiap program yang dilaksanakan oleh pihak pi1m. Di samping itu juga, hari terbuka pi1m ini juga diadakan bagi menarik minat pengguna luar untuk menjadi sebahagian dari ahli pi1m....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN HARI DASHBOARD KOMUNITI KLUSTER BERA

Aktiviti Terkini | 09 & 16 Julai 2017

Program ini adalah untuk mempromosikan PI1M kepada orang ramai kerana memberi banyak kemudahan kepada pengguna untuk memajukan diri dalam bidang ICT....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA RIANG RIA HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2017

Pertandingan mewarna ini adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli-ahli pi1m di musim cuti persekolahan di samping dapat mengasah bakat mereka dalam bidang seni. Selain itu juga, pertandingan ini diadakan untuk menaikkan semangat ahli-ahli pi1m dalam menyambut hari raya....baca selanjutnya

BENGKEL PEMBUDAYAAN ICT BERSAMA PELATIH GIAT MARA BANDAR 32 BERA

Aktiviti Terkini | 24 - 25 Mei 2017

Program ini dijalankan adalah untuk membudayakan ilmu ICT dalam diri setiap pelatih giatmara disamping melahirkan masyaratakat celik digital, bertanggungjawab di dalam dunia digital, menggalakkan tingkah laku yang baik dan sikap menghormati secara global apabila berkomunikasi dan bekerjasama dalam dunia digital...baca selanjutnya

PROGRAM PELANCARAN 4R “REUNITE TO REDUCE AND REUSE TOWARDS RECYCLING”

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2017

Program ini adalah kerjasama antara pengurusan PI1M Batu Satu, PI1M Kerayong Makmur, PI1M Bukit Cermin dan PI1M Jengka Impian. Tujuan utama adalah menjalankan aktiviti bersama komuniti dan memastikan kerjasama dan perkhidmatan yang disediakan di PI1M boleh dimanfaatkan sepenuhnya...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

TAKLIMAT ADVOKASI KDB & ONLINE GROOMING BERSAMA PELAJAR SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 21 April 2017

Taklimat ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran para pelajar untuk mengunakan internet secara berhemah dan memberi nasihat serta panduan untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan jenayah siber...baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE KDB ONLINE

Aktiviti Terkini | 16 April 2017

Untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di musim cuti persekolahan disamping untuk menarik minat mereka agar sentiasa mengunjungi PI1M dan juga membuka minda ibu bapa bahawa PI1M adalah satu tempat yang memberi manfaat kepada anak-anak mereka. Selain itu, dengan program ini, pihak PI1M dapat menyelit sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan Klik Dengan Bijak....baca selanjutnya

PAMERAN E-WASTE & KDB DI KARNIVAL JOM AKTIF FELDA PURUN

Aktiviti Terkini | 15 April 2017

Pameran ini diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada komuniti luar di luar kawasan pi1m bagi mengalakkan mereka bersama-sama komuniti PI1M untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI1M dan bagi menggalakan pernambahan keahlian PI1M. Selain itu, pameran ini juga diadakan untuk membuka minda orang ramai tentang kepentingan menggunakan internet dengan bijak dan bahayanya tentang penyalahgunaan internet kepada mereka. Pameran ini juga adalah untuk memberi tahu orang ramai tentang kempen E-waste dan kebaikan-kebaikan sekiranya mereka melupuskan peranti mudah alih yang tidak boleh digunakan dengan cara yang betul....baca selanjutnya

PAMERAN KDB & E-WASTE DI PROGRAM MENGHUBUNG MENYATU

Aktiviti Terkini | 01 April 2017

Pameran ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menggunakan internet dengan cara yang betul dan memberi galakkan kepada komuniti untuk sentiasa mengunjungi PI1M bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan internet yang mereka gunakan dalam kehidupan mereka. Selain itu, pameran ini juga diadakan adalah untuk memberitahu orang ramai bahawasanya PI1M adalah salah satu platform yang mereka boleh gunakan untuk melupuskan perkakas elektrik & elektronik mereka yang tidak boleh digunakan lagi....baca selanjutnya

PROGRAM LITERASI ICT

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ICT di kalangan penduduk luar Bandar dan juga untuk mempromosikan kempen KDB dan E-Waste....baca selanjutnya

PROGRAM KDB & JELAJAH DASHBOARD SIRI 4 PI1M KLUSTER BERA

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2017

Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti sekitar Daerah Bera. Program ini juga dapat meningkatkan bilangan keahlian baru PI1M, menarik minat semua golongan datang ke PI1M dan mengeratkan ukhwah diantara masyarakat setempat. Melalui program ini juga, advokasi KDB turun dilaksanakan bagi membuka minda peserta mengenai penggunaan internet dengan berkesan....baca selanjutnya

PROGRAM KDB & JELAJAH DASHBOARD KOMUNITI PI1M GUGUSAN BERA FASA 2

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti sekitar Daerah Bera. Program ini juga dapat meningkatkan bilangan keahlian baru PI1M, menarik minat semua golongan datang ke PI1M dan mengeratkan ukhwah diantara masyarakat setempat. Melalui program ini juga, advokasi KDB turun dilaksanakan bagi membuka minda peserta mengenai penggunaan internet dengan berkesan....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti